Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ejab[«.dZAb]kata adjektiftidak menyahut panggilan orang, senyap.Puas aku teriak, kau ejab aje.[pu.wAs A.ku t«.Äi.jA/ kAw «.dZAb A.dZ«]Puas aku memanggil, engkau senyap tidak menyahut panggilan aku.
sapan[sA.pAn]kata adjektifhabis.Dah sapan padi aku, burong makan.[dAh sA.pAn pA.di A.ku bu.ÄoN mA.kAn]Sudah habis padi aku dimakan burung.
nyapas[øA.pAs]kata adjektifnyaris-nyaris.Aku ni nyapas dapat hadiah rumah tu.[A.ku ni øA.pAs dA.pAt hA.di.jAh Äu.mAh tu]Nyaris-nyaris aku ini mendapat hadiah rumah itu.
menage[m«.nA.g«]kata kerjamenipu.Engkau jangan nak menage aku.[«N.kAw dZA.NAn nA/ m«.nA.g« A.ku]Engkau jangan hendak menipu aku.
sejembe[s«.dZ«m.be]kata tugassebahagian, sepotong atau sehiris.Beri aku sejembe kue.[b«.Äi A.ku s«.dZ«m.be ku.we]Beri aku sepotong kuih.
pak kal[pA/ kAl] mujur.Pak kal budak, kalau tak, aku pukol.[pA/ kAl bu.dA/ kA.lAw tA/ A.ku pu.kol]Mujur dia itu masih budak, kalau tidak, aku dah pukul.
senoneng[s«.no.neN]kata adjektifberserabut.Senoneng kepale aku dengan perangai budak-[s«.no.neN k«.pA.l« A.ku d«.NAn p«.ÄA.NAj bu.dA/.bu.dA/ ni]Berserabut kepala aku dengan perangai budak-budak ini.
getan[g«.tAn]kata adjektifmarah benar.Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni.[g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni]Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini.
getan[g«.tAn]kata adjektifmarah benar.Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni.[g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni]Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini.
kong[koN]kata namabekas air daripada aluminium.Bawe kong ke mari, aku nak isi ae.[bA.w« koN k« mA.Äi A.ku nA/ i.si Ae]Bawa bekas itu ke mari, aku hendak isi air.
123

Kembali ke atas