Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belumbah-lumbah[b«.lum.bAh.lum.bAh]kata adjektifberkenaan kanak-kanak yang comot dan selekeh dengan kotoran selain makanan.Dah muke si Asan tu belumbah-lumbah, gelilah abang kakaknye nak dekat.[dAh mu.k« si AsAn tu b«.lum.bAh.lum.bAh g«.li.lAh A.bAN ]Oleh sebab muka si Hassan itu comot dan selekeh, abang dan kakaknya geli menghampirinya.
perabah[p«.ÄA.bAh]kata namabarang yang tidak berguna.Buang saje perabah tu, bukan boleh pakai lagi.[bu.wAN sA.dZe p«.ÄA.bAh tu bu.kAn bo.leh pA.kAj lA.gi]Buang sahaja barang-barang yang tidak berguna itu, bukan boleh dipakai lagi.
bejekbah[be.dZe/.bAh]kata adjektifbanyak, melambak.Kite jangan risau, makanan bejekbah lagi.[ki.t« dZA.NAn Äi.sAw mA.kA.nAn be.dZe/.bAh lA.gi]Kita jangan risau, makanan masih berlambak.
besibo[b«.si.bo]kata adjektifluas (lazimnya pada rumah).Bile dah tambah dapo ni, nampaklah besibo rumah awak.[bi.l« dAh tAm.bAh dA.po ni nAm.pA/.lAh b«.si.bo Äu.mAh ]Apabila dapur ini sudah dibesarkan, nampaklah luas rumah kamu.
ujung ae[u.dZoN Ae] takat kemasukan air pasang.Jangan buat rumah kat ujong ae, bahye tu.[dZA.NAn bu.wAt u.mAh kAt u.dZoN Ae bAh.j« tu]Jangan membina rumah di kawasan takat kemasukan air pasang, bahaya tu.
gobo[go.bo]kata adjektifberkenaan cahaya bulan yang berbalam-balam atau tidak terang.Malam tadi bulan gobo aje sampai abah gune lampu picit ke surau.[mA.lAm tA.di bu.lAn go.bo A.dZ« sAm.pAj A.bAh gu.n« ]Malam tadi cahaya bulan kelihatan berbalam-balam, hingga abah menggunakan lampu picit untuk pergi ke surau.

Kembali ke atas