kong | [koN] | kata nama | bekas air daripada aluminium. | Bawe kong ke mari, aku nak isi ae. | [bA.w« koN k« mA.Äi A.ku nA/ i.si Ae] | Bawa bekas itu ke mari, aku hendak isi air. |
gelok | [g«.lo/] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tanah. | Ae jampi tu tok ambek kat gelok. | [Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/] | Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah. |
gelok | [g«.lo/] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tanah. | Ae jampi tu tok ambek kat gelok. | [Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/] | Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah. |
umpau | [um.pAw] | kata nama | pundi uncang atau bekas yang bersaiz kecil yang diperbuat daripada kain untuk menyimpan wang atau barang, ponjot. | Atok suke simpan duet dalam umpau. | [A.to/ su.k« sim.pAn du.wet dA.lAm um.pAw] | Atok gemar menyimpan wang di dalam ponjot. |
melela | [m«.l«.lA] | kata nama | kesan atau bekas pada anggota badan, tangan atau kaki akibat pukulan dengan rotan, kayu, lidi dan lain-lain. | Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol. | [te.No/ ni m«.l«.lA l«.NAn A.de/ kAw pu.kol] | Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul. |
bente | [b«n.t«] | kata nama | parut atau bekas penyakit kulit di badan. | Badan Ngah penoh bente kudes. | [bA.dAn NAh p«.noh b«n.t« ku.des] | Badan Ngah penuh dengan parut kudis. |
bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |
bingke | [biN.k«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada parutan ubi kayu yang dibuang airnya (bingka ubi) atau pun pisang yang dilenyek (bingka pisang), diadun dengan gula dan santan dan dibakar di dalam bekas. | | | |