Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
laghe[lA.Ä«]kata adjektifperbuatan liar yang dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh gangguan emosi.Die jadi laghe lepas mak bapaknye becerai.[di.j« dZA.di lA.Ä« l«.pAs mA/ bA.pA/.ø« b«.tS«.ÄAj]Dia menjadi liar setelah ibu dan bapanya bercerai.

Kembali ke atas