Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dam.ping] | بردمڤيڠ

Definisi : , berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dam.ping] | بردمڤيڠ

Definisi : 1 berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2 bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdamping


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melendet[m«.len.det]kata kerjamerapati orang yang disayangi.Dah besa panjang pon asyek nak melendet kat mak aje.[dAh b«.sA pAn.dZAN pon A.Se/ nA/ m«.len.det kAt mA/ A.dZ«]Sudah besar pun, asyik hendak berdamping dekat emak sahaja.

Kembali ke atas