Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.sing] | بردسيڠ

Definisi : , mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.sing] | بردسيڠ

Definisi : 1 berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2 = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdesing


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menging[m«.NiN]kata namabunyi yang sangat bingit, berdesing-desing.Menging denga moto tu tengah malam.[m«.NiN d«.NA mo.to tu t«.NAh mA.lAm]Bingit telinga mendengar bunyi motosikal itu di tengah malam.

Kembali ke atas