Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
taong[tA.oN]kata tugastidak berguna.Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi.[tA.oN b«.tol si A.li tu p«.nAt sA.dZ« m«.øu.Äoh.ø« Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya.
perabah[p«.ÄA.bAh]kata namabarang yang tidak berguna.Buang saje perabah tu, bukan boleh pakai lagi.[bu.wAN sA.dZe p«.ÄA.bAh tu bu.kAn bo.leh pA.kAj lA.gi]Buang sahaja barang-barang yang tidak berguna itu, bukan boleh dipakai lagi.
modo[mo.do]kata adjektifsia-sia, tidak berguna; handa.Modo aje kite ke sane, die tak nampak bayang.[mo.do A.dZ« ki.t« k« sA.n« di.j« tA/ nAm.pA/ bA.jAN]Sia-sia sahaja kita pergi ke sana, dia tidak nampak bayang.
handa[hAn.dA]kata adjektifsia-sia, tidak berguna; modo.Handa saje kite ke sane, tak nampak muke pon die.[hAn.dA sA.dZ« ki.t« k« sA.n« tA/ nAm.pA/ mu.k« pon di.j«]Sia-sia sahaja kita ke sana sebab dia tidak kelihatan langsung.
lohe[lo.he]kata adjektif1. sangat longgar; leweh 2. 2. tidak boleh digunakan.1. Lohe bena suwanye sampai nampak tak kemas. 2. Buwang saje barang yang lohe tu, beli yang baru.[lo.he b«.nA su.wA.ø« sAm.pAj nAm.pA/ tA/ k«.mAs] []1. Longgar benar seluarnya hingga kelihatan tidak kemas. 2. Buang sahaja barang yang tidak berguna itu, beli yang baru.

Kembali ke atas