Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gandang[gAn.dAN]kata adjektifriuh atau bising contohnya apabila seseorang atau beberapa orang bercakap dengan nada yang kuat yang boleh menimbulkan kebisingan.Salah siket gandang bunyi mulotnye.[sA.lAh si.ket gAn.dAN bu.øi mu.lot.ø«]Salah sedikit sahaja, riuh rendah dan bising bunyi mulutnya.
balok[bA.lo/]kata adjektifkebisingan suara jeritan dan tangisan budak-budak atau anak-anak kecil yang tidak tentu arah bunyinya.Baluk bunyi suare budak-budak nanges.[bA.lo/ bu.øi su.wA.Ä« bu.dA/.bu.dA/ nA.Nes]Bising sangat bunyi suara kanak kanak menangis.
bene-bukat[b«.n«.bu.kAt]kata adjektifsuasana kebisingan di sesuatu tempat.Entah ape yang dah jadi dalam rumah tu, bene-bukat bunyinye.[«n.tAh A.p« jAN dAh dZA.di dA.lAm Äu.mAh tu b«.n«.bu.kAt Entah apa yang sudah berlaku dalam rumah itu, bising bunyinya.
ape kejadah[A.p« k«.dZA.dAh] perihal ketidakwajaran sesuatu kelakuan.Ape kejadah engkau ni senje-senje miseh melalak kat tengah jalan.[A.p« k«.dZA.dAh «N.kAw ni s«n.dZ«.s«n.dZ« mi.seh m«.lA.lA/ kAt t«.NAh dZA.lAn]Tidaklah patut engkau ini, waktu senja kala masih membuat bising di jalan raya.

Kembali ke atas