Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
licok[li.tSo/]kata kerjamenjolok sehingga merosakkan buahCeremat-ceremat siket, jangan kau licok buah tu, nanti tak dapat makan.[tS«.Ä«.mAt.tS«.Ä«.mAt si.ket dZA.NAn kAw li.tSo/ bu.wAh tu ]Cermat-cermat sedikit, jangan engkau jolok sehingga merosakkan buah itu, nanti tidak boleh dimakan.
beranak[b«.ÄA.nA/]kata adjektifberkenaan susunan ikatan tepi kain kurung Johor yang tidak kemas.Mengelon kaen tu biar betol-betol, karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengelon kain itu biarlah cermat, nanti beranak pula.
elon[e.lon]kata namasusunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang.Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.[bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/]Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula.

Kembali ke atas