Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pecal[p«.tSAl]kata namasejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula.   
sambal goreng[sAm.bAl go.ÄeN] sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers   
lakse joho[lA/.s« dZo.ho] sejenis masakan yang menggunakan spageti (digunakan sebagai laksa) berserta tauge, hirisan timun, bawang besar, daun kesum, daun selasih dan sambal belacan yang dimakan bersama kuah. Kuah laksa dibuat daripada tumisan bawang, cili kisar, rempah laksa, ker   
pirik[pi.Äi/]kata kerjamemecahkan dengan jari, lenyek.Pirik lade kecik kat kicap ni, biyo sedap kite nak cecah dengan tau goreng.[pi.Äi/ lA.d« k«.tSi/ kAt ki.tSAp ni bi.jo s«.dAp ki.t« nA/ Lenyek dengan jari cili api dalam kicap supaya sedap apabila kita cecah dengan tauhu goreng.

Kembali ke atas