ngundang-ngundang | [Nun.dAN.Nun.dAN] | kata adjektif | marak. | Api dah ngundang-ngundang, bombe tak sampai-sampai. | [A.pi dAh Nun.dAN.Nun.dAN bom.b« tA/ sAm.pAj.sAm.pAj] | Api sudah marak, bomba tidak sampai-sampai. |
meledang-ledang | [m«.le.dAN.le.dAN] | kata kerja | bersenang-senang atau bersantai. | Tak de keje petang-petang ni, meledang-ledang die. | [tA/ d« k«.dZ« p«.tAN.p«.tAN ni m«.le.dAN.le.dAN di.j«] | Tak ada buat apa-apa kerja sebelah petang, bersenang-senang sajalah dia. |
pencok nenas | [p«n.tSo/ n«.nAs] | | 1. , timun, dan lada yang dihiris halus dan dicampur, dibubuh cuka dan garam. 2. sejenis sambal belacan yang dicampur nanas dan digaul dengan sedikit daun selasih. | | | |
sambal goreng | [sAm.bAl go.ÄeN] | | sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers | | | |
lodeh | [lo.deh] | kata nama | sejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat. | | | |
singgang serani | [siN.gAN s«.ÄA.ni] | | sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam. | | | |
lempeng batak | [lem.peN bA.tA/] | | sejenis kuih yang pipih dan nipis diperbuat daripada tepung, air, sedikit garam dan parutan kelapa dan bancuhan ini digoreng dengan sedikit minyak pada kuali yang leper. | | | |
selayang pandang | [s«.lA.jAN pAn.dAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus. | | | |
mi rebos joho | [mi Ä«.bos dZo.ho] | | sejenis masakan mi yang dicelur dan dimakan bersama kuah pekat daripada air rebusan daging yang ditumis bersama bawang, taucu, udang kering dan sedikit rempah campak. Kuah ini lazimnya mengandungi daging lembu dan sedikit udang dan dipekatkan dengan santa | | | |
jeranan | [dZ«.ÄA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan. | | | |