Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.
penak[p«.nA/]kata kerjamemikat (wanita).Jangan penak anak dare orang kalau tak beduet.[dZA.NAn p«.nA/ A.nA/ dA.Ä« o.ÄAN kA.lAwJangan memikat anak dara orang kalau tidak ada wang.
kangkang kiyap II[kAN.kAN ki.jAp] cara duduk yang tidak sopan (khusus perempuan).Tak elok anak dare dudok kangkang kiyap atas tangge.[tA/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« du.do/ kAN.kAN ki.jAp A.tAs tAŋ.g«]Tidak elok anak dara duduk kurang sopan di atas tangga.
menggelitis[m«N.g«.li.tis]kata adjektifberkenaan dengan gadis yang suka berjalan dengan tidak tentu tujuan.Petang-petang mulelah anak dare tu menggelitis ke sane ke mari.[p«.tAN.p«.tAN mu.l«.lAh A.nA/ dA.Ä« tu m«N.g«.li.tis ]Petang-petang mulalah anak dara itu merayau ke sana ke mari dengan tidak tentu tujuan.
kernyum[k«r.øum]kata adjektifberkenaan muka yang berkerut atau berkedut.Dahle tue, kernyum pulak, ade ati nak ngorat anak dare orang.[dAh.l« tu.w« k«r.øum pu.lA/ A.d« A.ti nA/ No.ÄAt A.nA/ dA.Ä« Sudah tua muka berkerut pula, ada hati hendak mengorat anak dara orang.

Kembali ke atas