Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(64)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tengkoh[t«N.koh]kata kerjamengetuk sesuatu pada benda keras agar terkeluar baki isinya, seperti mengeluarkan hampas kelapa yang melekat dari besen.Tengkoh saje ampas kelape dari besen tu ke tong sampah.[t«N.koh sA.dZ« Am.pAs k«.lA.p« dA.Äi be.sen tu k« toN ]Ketuk sahaja hampas kelapa yang terdapat pada besen itu ke dalam tong sampah.
peto[p«.t]kata adjektifbau keras yang terlampau sangat.Minyak ambar dari Madras memang peto baunye.[mi.øA/ Am.bAr dA.Äi mAd.ÄAs me.mAN p«.t bAu.ø«]Minyak ambar dari Madras memang keras baunya.
jelapak[dZ«.lA.pA/]kata kerjaberbaring dalam keadaan kurang bermaya kerana keletihan.Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.[bA.le/ A.dZ« dA.Äi k«.bon A.bAN t«.Äos dZ«.lA.pA/ kAt lAn.tAj]Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat.
tenggarong[t«N.gA.ÄoN]kata namadapur dari tanah liat yang berbentuk seperti sebuah timba, cengkeran, anglo.Mak suke masak gune tenggarong.[mA/ su.k« mA.sA/ gu.n« t«N.gA.ÄoN]Emak gemar memasak dengan menggunakan
kokotko.kot]kata kerjamengeluarkan isi kelapa muda atau kuih yang lembut dari bekasnya.Tolong kokot kelape mude ni, tok nak rase.[to.loN ko.kot k«.lA.p« mu.d« ni to/ nA/ ÄA.s«]Tolong keluarkan isi kelapa muda ini, datok hendak rasa.
ketetel[k«.te.tel]kata kerjaberjalan laju dan tidak menoleh ke kiri dan kanan terutamanya apabila sedang membawa sesuatu barang di kedua-dua belah tangan; ketotol.Dari jaoh dah nampak mereke ketetel aje bejalan nuju stesen bas.[dA.Äi dZA.woh dAh nAm.pA/ m«.Äe.k« k«.te.tel A.dZ« Dari jauh sudah nampak mereka berjalan laju tidak menoleh kiri kanan menuju ke stesen bas.
membebek[m«m.be.be/]kata adjektifberkenaan api dapur yang terlalu perlahan dan seakan-akan mahu padam akibat kehabisan minyak.Api dapo minyak tanah tu nampak membebek dari tadi. Bile nak masak?[A.pi dA.po mi.øA/ tA.nAh tu nAm.pA/ m«m.be.be/ dA.Äi ]Api dapur minyak tanah itu dari tadi perlahan macam nak padam. Bila hendak masak?
gabas[gA.bAs]kata adjektifberkenaan rasa kebas pada kaki atau tangan kerana terlalu sejuk dan lain-lain.Gabas kaki tangan aku dari semalam.[gA.bAs kA.ki tA.NAn A.ku dA.Äi s«.mA.lAm]Sejak kelmarin kaki dan tangan aku berasa kebas.
anak semot[A.nA/ s«.mot] anak yang merantau dan jarang balik ke kampung.Banyaknye juwadah. Mentang-mentang anak semotnye nak balek dari rantau.[bA.øA/.ø« dZu.wA.dAh m«n.tAN.m«n.tAN A.nA/ s«.mot.ø« nA/ bA.le/ dA.Äi ÄAn.tAw]Mentang-mentang anaknya yang merantau itu nak pulang, banyaknya juadah yang telah disediakan.
kenyap-kenyep[k«.øAp.k«.øep]kata kerjamakan berterusan; cekap-cekup.Kalau kenyap-kenyep siang malam badan pon lemah.[kA.lAw k«.øAp.k«.øep siAN mA.lAm bA.dAn pon l«.mAh]Jikalau makan berterusan dari siang hingga ke malam badan pun akan menjadi lemah.

Kembali ke atas