| pencok nenas | [p«n.tSo/ n«.nAs] | | 1. , timun, dan lada yang dihiris halus dan dicampur, dibubuh cuka dan garam. 2. sejenis sambal belacan yang dicampur nanas dan digaul dengan sedikit daun selasih. | | | |
| bronok | [bÄo.no/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut. | | | |
| pendaram | [p«n.dA.ÄAm] | kata nama | sejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat | | | |
| pelas | [p«.lAs] | kata nama | sejenis lauk daripada kelapa muda yang diparut dan dicampur dengan rempah, kemudian dimasak bersama ikan atau udang sehingga mendidih. | | | |
| pecal | [p«.tSAl] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula. | | | |
| kue kacau | [ku.we kA.tSAw] | | sejenis kuih daripada keledek atau labu yang direbus, dilecek, dicampur gula, santan, daun pandan dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat dan kental. | | | |
| lodeh | [lo.deh] | kata nama | sejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat. | | | |
| seri kaye | [s«.Äi kA.j«] | | sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain. | | | |
| getok | [g«.to/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada ubi atau keladi atau pisang yang direbus dan kemudian ditumbuk, dicampur kelapa parut dan sedikit gula. Campuran tersebut dimasukkan dalam acuan, diratakan dan dibiarkan sejuk. | | | |
| jeranan | [dZ«.ÄA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan. | | | |