| rempeyek tempe | [Äem.pe.je/ tem.pe] | | sejenis makanan yang dibuat daripada tempe yang dipotong nipis dan dicelupkan dalam tepung beras yang bercampur santan dan rempah lalu digoreng. | | | |
| tepong bawang | [t«.poN bA.wAN] | | sejenis kuih seperti karipap yang berintikan keledek yang telah dipotong dadu dan ditumis bersama udang kering dan bawang-bawang. | | | |
| sambal goreng | [sAm.bAl go.ÄeN] | | sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers | | | |
| tembose | [t«m.bo.s«] | kata nama | sejenis kuih seperti karipap yang berbentuk bulat dan berintikan daging, kentang, bawang besar yang dipotong dadu, dan daun saderi yang dihiris halus, kemudian ditumis dengan bawang-bawang dan rempah. | | | |
| selayang pandang | [s«.lA.jAN pAn.dAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus. | | | |
| kole kacang | [ko.le kA.tSAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong. | | | |
| bronok | [bÄo.no/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut. | | | |