Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk; ~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga); ~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut; menggelikan 1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : ; buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1 perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2 berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3 = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4 berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1 menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing. 2 = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka yg menggelikan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geli

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betarak-tarak[b«.tA.ÄA/.tA.ÄA/]kata kerjabergerak-gerak, tidak diam dan tidak tetap setempat.Ulat jentek tu bertarak-tarak, geli kawan nengoknye.[u.lAt dZ«n.te/ tu b«.tA.ÄA/.tA.ÄA/ g«.li kA.wAn ne.No/.ø«]Ulat jentik itu bergerak-gerak, geli saya melihatnya.
getek[g«.te/]kata adjektifrasa jijik.Getek saya nak pijak tempat tu, koto bena.[g«.te/ kA.mi nA/ pi.dZA/ t«m.pAt tu ko.to b«.nA]Geli saya hendak memijak tempat itu kerana sangat kotor.
getek[g«.te/]kata adjektifrasa jijik.Getek saya nak pijak tempat tu, koto bena.[g«.te/ kA.mi nA/ pi.dZA/ t«m.pAt tu ko.to b«.nA]Geli saya hendak memijak tempat itu kerana sangat kotor.
belumbah-lumbah[b«.lum.bAh.lum.bAh]kata adjektifberkenaan kanak-kanak yang comot dan selekeh dengan kotoran selain makanan.Dah muke si Asan tu belumbah-lumbah, gelilah abang kakaknye nak dekat.[dAh mu.k« si AsAn tu b«.lum.bAh.lum.bAh g«.li.lAh A.bAN ]Oleh sebab muka si Hassan itu comot dan selekeh, abang dan kakaknya geli menghampirinya.

Kembali ke atas