[ge.mar] | ݢمر
Definisi : suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang; bergemar bergembira, bersuka ria; menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang; menggemarkan menggembirakan, menyukakan hati; kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.mar] | ݢمر
Definisi : suka benar (akan): Saya ~ minum susu. menggemari berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. kegemaran apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. penggemar orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)