Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : sangat suka; besar hati; bangga: Dia sungguh ~ kerana anaknya akan pulang tidak lama lagi. bergembira berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. menggembirakan menimbulkan perasaan gembira; menyebabkan gembira: Perkara yg sangat ~ aku ialah aku dpt bertemu semula dgn saudara-saudaraku. kegembiraan hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gemeh[ge.meh]kata adjektifriang gembira.Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh[kA.lAw dAh b«.dZum.p« bu.kAn mAen ge.meh]Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis.
gemeh[ge.meh]kata adjektifriang gembira.Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh.[kA.lAw dAh b«.dZum.p« bu.kAn mAen ge.meh]Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis.
terencet-rencet[t«.Äen.tSet.Äen.tSet]kata kerjaterkinja-kinja, terloncat-loncat.Adek terencet-rencet, suke sangat dapat mainan.[A.de/ t«.Äen.tSet.Äen.tSet su.k« sA.NAt dA.pAt mAe.nAn]Adik terkinji-kinja kerana terlalu gembira setelah mendapat mainan.

Kembali ke atas