Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)

429

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan ‘tidak boleh’ tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(120)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beliang-beliot[b«.li.jAN.b«.li.jot]kata adjektifsusah hendak menelan makanan tertentu.Nak makan sagon, beliang-beliot batang lehe.[nA/ mA.kAn sA.gon b«.li.jAN.b«.li.jot bA.tAN le.he]Apabila memakan sagun, hendak tercekek batang leher kerana susah hendak menelan.
gebak-genek[g«.bA/.g«.ne/]kata adjektifberkenaan air muka kanak-kanak yang hendak menangis, mencebik.Gebak-genek aje mukenye selepas kene marah.[g«.bA/.g«.ne/ A.dZ« mu.k«.ø« s«.l«.pAs k«.n« mA.ÄAh]Mencebik sahaja mukanya selepas kena marah.
beridai[b«.Äi.dAj]kata namakain baju yang tersidai di ampaian.Bile nak angkat beridai engkau tu, kan ari nak ujan.[bi.l« nA/ AN.kAt b«.Äi.dAj «N.kAw tu kAn A.Äi nA/ u.dZAn]Bila hendak angkat kain baju engkau yang tersidai itu, bukankah hari sudah hendak hujan?
makwe[mA/.w«]kata namaemak saudara.Nak ke mane makwe engkau tu?[nA/ k« mA.n« mA/.w« «N.kAw tu]Hendak ke mana emak saudara engkau itu?
engkape[«N.kA.p«]kata namakamu, engkau.Engkape nak ke mane ok?[«N.kA.p« nA/ k«.mA.n« o/]Engkau hendak ke mana?
menage[m«.nA.g«]kata kerjamenipu.Engkau jangan nak menage aku.[«N.kAw dZA.NAn nA/ m«.nA.g« A.ku]Engkau jangan hendak menipu aku.
man[mAn]kata namasaya (Pulau Aur, Mersing)Man nak senon, aji nak ikot ke?[mAn nA/ s«.non A.dZi nA/ i.kot k«]Saya hendak ke sana, kamu nak ikut ke?
gembek[g«m.be/]kata adjektifgila.Orang gembek susah nak tolong.[o.ÄAN g«m.be/ su.sAh nA/ to.loN]Orang yang gila sukar hendak ditolong.
gembek[g«m.be/]kata adjektifgila.Orang gembek susah nak tolong.[o.ÄAN g«m.be/ su.sAh nA/ to.loN]Orang yang gila sukar hendak ditolong.
juwata[dZu.wA.tA]kata namapulau (Pulau Aur, Mersing).Man nak belaya ke juwata ituk.[mAn nA/ b«.lA.jA k« dZu.wA.tA i.tu/]Saya hendak pergi ke pulau itu.
1234567

Kembali ke atas