Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ku.tan] | کتاکوتن

Definisi : 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.ku.tan] | کتاکوتن

Definisi : 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Peribahasa

Bagai ayam yang terkecundang.

Bermaksud :

Sangat ketakutan. kecundang = kalah.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bebo[be.bo]kata kerjalari bertempiaran dalam keadaan kelam-kabut kerana ketakutan.Nampak kelibat pulis aje, bebo budak-budak jahat tu.[nAm.pA/ k«.li.bAt pu.lis A.dZ« be.bo bu.dA/.bu.dA/ dZA.hAt tu]Bila nampak sahaja polis, budak-budak jahat itu kelam kabut berlari kerana ketakutan.
beperiset[b«.p«.Äi.set]kata kerjabertempiaran lari kerana ketakutan.Bebudak tu beperiset dikeja di lembu.[b«.bu.dA/ tu b«.p«.Äi.set di.k«.dZA di l«m.bu]Budak-budak itu bertempiaran lari apabila dikejar lembu.

Kembali ke atas