ngongol | [No.Nol] | kata kerja | mengulum. | Entah ape yang dingongolnye, tak laen gule-gule le tu. | [«n.tAh A.p« jAN di.No.Nol.ø« tA/ lAen gu.l«.gu.l« l« tu] | Entah apakah benda yang dikulumnya, tidak lain daripada gula-gula. |
seri kaye | [s«.Äi kA.j«] | | sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain. | | | |
patah rome | [pA.tAh Äo.m«] | | terencat pertumbuhan (pada manusia, haiwan peliharaan) daripada segi psikologi dan lain-lain kerana terpisah. | Umo baru due taon dah kene tinggal, ape tak patah rome. | [u.mo bA.Äu du.we tAon dAh k«.n« tiN.gAl A.p« tA/ pA.tAh | Umur baru dua tahun sudah kena tinggal, mana tidak terencat kesuburan. |
lodeh | [lo.deh] | kata nama | sejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat. | | | |
jeranan | [dZ«.ÄA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan. | | | |
jenganan | [dZ«.NA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jeranan. | | | |
cuci | [tSu.tSi] | kata nama | hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang hanya mengandungi sejumlah wang hantaran, cincin kahwin dan hadiah berbentuk kelengkapan baju dan lain-lain tanpa barang kemas yang selengkapnya. | Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu. | [kA.mi l«.beh su.k« hAn.tA.ÄAn li.m« Äi.bu tSu.tSi dA.Äi.pA.d« | Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu. |
bebotok | [b«.bo.to/] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan | | | |
menene | [m«.ne.ne] | kata kerja | meminta-minta seperti meminta wang daripada orang lain. | Keje malas, asyek menene duet orang aje. | [k«.dZ« mA.lAs A.Se/ m«.ne.ne du.wet o.ÄAN A.dZ«] | Buat kerja malas, asyek meminta-minta duit daripada orang lain. |