Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
putol[pu.tol]kata adjektifhilang daripada pandangan.Punye laju budak tu lari, tak sampai semenet dah putol.[pu.ø« lA.dZu bu.dA/ tu lA.Äi tA/ sAm.pAj s«.me.net dAh pu.tol]Bukan main laju budak itu berlari, tidak sampai seminit sudah hilang daripada pandangan.
ketotol[k«.to.tol]kata kerjaberjalan laju dan tidak menoleh ke kiri dan kanan terutamanya apabila sedang membawa sesuatu barang di kedua-dua belah tangan; ketetel.Ketotol aje jalan sampai tak nampak orang kiri kanan.[k«.to.tol A.dZ« dZA.lAn sAm.pAj tA/ nAm.pA/ o.ÄAN ki.Äi Berjalan laju hingga tidak nampak orang di kiri dan kanan.
ketetel[k«.te.tel]kata kerjaberjalan laju dan tidak menoleh ke kiri dan kanan terutamanya apabila sedang membawa sesuatu barang di kedua-dua belah tangan; ketotol.Dari jaoh dah nampak mereke ketetel aje bejalan nuju stesen bas.[dA.Äi dZA.woh dAh nAm.pA/ m«.Äe.k« k«.te.tel A.dZ« Dari jauh sudah nampak mereka berjalan laju tidak menoleh kiri kanan menuju ke stesen bas.
mengocok[m«.No.tSo/]kata kerjamemukul dengan lebih kerap dalam permainan kompang, tanpa menjejaskan rentak.Sedang orang laen menyelalu dan meningkah si Ali mengocok kompangnye.[s«.dAN o.ÄAN lAen m«.ø«.lA.lu dAn m«.niN.kAh si A.li Sedang orang lain menyelalu dan meningkah si Ali memukul kompangnya dengan laju tanpa menjejaskan rentak.

Kembali ke atas