Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bedembon[b«.d«m.bon]kata kerjaberjalan lambat dalam keadaan yang berhati-hati.Tempat lecak ni, bedembn aje jalan tu, lambat sampai pon tak ape.[t«m.pAt le.tSA/ ni b«.d«m.bon A.dZ« dZA.lAn tu lAm.bAt sAm.pAj pon tA/ A.p«]Tempat yang lecak begini, berjalanlah lambat-lambat dan berhati-hati, lambat sampai pun tidak mengapa.
demot[d«.mot]kata adjektiflemban, lambat; engut-engut.Bukan maen demot kau ni buat keje.[bu.kAn mAen d«.mot kAw ni bu.wAt k«.dZ«]Lambat sangat engkau ini membuat kerja.
engut-engut[«.Nut.«.Nut]kata adjektiflemban, lambat; demot.Kalau engut-engut buat keje, bile nak siap.[kA.lAw «.Nut.«.Nut bu.wAt k«.dZ« bi.l« nA/ si.jAp]Jikalau lambat buat kerja, bila hendak siap.
male[mA.l«]kata adjektifterlampau masak, ranum.Kenape datang lambat sangat, buwah dah male.[k«.nA.p« dA.tAN lAm.bAt sA.NAt bu.wAh dAh mA.l«]Kenapa datang lambat sangat, buah dah terlampau masak.
bedemot[b«.d«.mot]kata kerjabergerak lambat.Macam mane nak sampai cepat, atuk ni cume bedemot aje.[mA.tSAm mA.n« nA/ sAm.pAj tS«.pAt A.to/ ni tSu.m« ]Macam mana nak sampai cepat, atuk ini bergerak lambat.
rigon[ri.gon]kata adjektifsusah hati atau risau disebabkan sesuatu.Die rigon bile anak lambat balek.[di.j« ri.gon bi.l« A.nA/ lAm.bAt bA.le/]Dia risau apabila anaknya lambat balik.
lemban[l«m.bAn]kata adjektiflambat dan lembap, jimbam.Kalau lemban sangat orang rumah kau, pukol tige pon tak makan lagi.[kA.lAw l«m.bAn sA.NAt o.ÄAN Äu.mAh kAw pu.kol ti.g« pon ]Jikalau isteri kamu terlalu lambat dan lembap, pukul tiga pun kita tidak makan lagi.
leweh[le.weh]kata adjektif1. berkenaan cakap yang lambat dan berlagu (tidak bersemangat dan tidak tegas). 2. sangat longgar; lohe 1.1. Cakapnye leweh buwat orang malas nak denga. 2. Baju leweh sangat, nampak macam baju pinjam.[tSA.kAp.ø« le.weh bu.wAt o.ÄAN mA.lAs nA/ d«.NA]2 1. Cakapnya yang lambat menyebabkan orang malas hendak mendengarnya. 2. Bajunya terlalu longgar hingga kelihatan seperti baju yang
golot[go.lot]kata kerjatergesa-gesa.Golot aje awak ni, lambat ke?[go.lot A.dZ« A.wA/ ni lAm.bAt k«]Tergesa-gesa sahaja kamu ni, sudah terlewatkah?
bentat[b«n.tAt]kata adjektifberkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain.Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong.[ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN]Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung.

Kembali ke atas