Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.jang] | لجڠ

Definisi : 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat (berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3. (Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat lejang); melejang 1. menendang, menerajang, melom­pat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); melejangkan, melejang-lejangkan meng­hulurkan (kaki), menyepakkan, menendang­kan; pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak, dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang yg jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.jang] | لجڠ

Definisi : 1 gerakan yg cepat (spt ketika terbang atau berlari): se~ terbang cepat sekali. 2 gerakan omboh enjin ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan dgn pantas. melejang 1 melompat sambil berlari (bkn kuda dll): Kuda liar itu ~ dan penunggangnya pun jatuh. 2 bergerak dgn pantas (bkn omboh enjin dll). melejangkan menyepakkan atau menghulurkan (kaki). pelejang sesuatu yg melejang (spt yg terdapat pd perangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lejang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sepak: tendang, terajang, lompat,

2. Dalam konteks omboh
bersinonim dengan sentap, sentak,

Kata Terbitan : melejang, pelejang,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lejang[l«.dZAN]kata kerjamenjenguk sebentar.Kalau ke bando, lejang pos opes tu kalau-kalau ade surat.[kA.lAw k« bAn.d l«.dZAN pos opes tu kA.lAw.kA.lAw A.d« ]Kalau pergi ke bandar, singgahlah di pejabat pos itu kalau-kalau ada surat.

Kembali ke atas