| selepah | [s«.le.pAh] | kata adjektif | berselerak. | Kan orang nak datang rumah kite, jangan buat barang-barang selepah. | [kAn o.ÄAN nA/ dA.tAN Äu.mAh ki.t« dZA.NAn bu.wAt | Bukankah orang akan datang ke rumah kita, jangan buat barang-barang berselerak. |
| tak hemah | [tA/ he.mAh] | | tidak ambil berat. | Padanlah orang nyisehkan die, dah die tak hemah kat kewage. | [pA.dAn.lAh o.ÄAN øi.seh.kAn di.j« dAh di.j« tA/ he.mAh kAt | Patutlah dia disisihkan orang, dia tidak mengambil berat pada keluarganya. |
| bekilet | [b«.ki.let] | kata kerja | berlindung dan berteduh daripada hujan, kilat dan bahaya di sesuatu tempat. | Bile pete, kawan bekilet kat belakang rumah kosong tu. | [bi.l« p«.te kA.wAn b«.ki.let kAt b«.lA.kAN Äu.mAh ko.soN tu] | Apabila petir, saya berlindung di belakang rumah kosong itu. |
| beketuntang I | [b«.k«.tun.tAN] | kata kerja | 1. kelam kabut; kangkang kiyap I. | Beketuntang kawan nak siapkan keje rumah. | [b«.k«.tun.tAN kA.wAn nA/ si.jAp.kAn k«.dZ« Äu.mAh] | Kelam kabut saya hendak menyiapkan kerja rumah. |
| rohoi | [Äo.hoj] | kata kerja | pecah berderai. | Rumah lame tu rohoi makan dik anai-anai. | [Äu.mAh lA.m« tu Äo.hoj mA.kAn di/ A.nAj.A.nAj] | Rumah usang itu sudah roboh kerana dimakan anai-anai. |
| padok | [pA.do/] | kata kerja | menjodohkan. | Mak angan-angan nak padokkan die dengan si Timah. | [mA/ A.NAn.A.NAn nA/ pA.do/.kAn di.j« d«.NAn si ti.mAh] | Emak berangan-angan hendak menjodohkan dia dengan si Timah. |