Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mereket[m«.Äe.ket]kata adjektifbadan, tumbuh-tumbuhan yang tidak mahu membesar atau segar.Pokok tu tumboh mereket.[po.ko/ tu tum.boh m«.Äe.ket]Pokok itu tumbuh tetapi tidak mahu membesar.
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.
betatang[b«.tA.tAN]kata kerjaberdiri secara berderet-deret beramai-ramai dan tidak mahu duduk.Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke?[o.ÄAN tu.w«.tu.w« do/ kAt b«.lA.kAN A.wA/ do/ b«.tA.tAN kAt Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah?
membebek[m«m.be.be/]kata adjektifberkenaan api dapur yang terlalu perlahan dan seakan-akan mahu padam akibat kehabisan minyak.Api dapo minyak tanah tu nampak membebek dari tadi. Bile nak masak?[A.pi dA.po mi.øA/ tA.nAh tu nAm.pA/ m«m.be.be/ dA.Äi ]Api dapur minyak tanah itu dari tadi perlahan macam nak padam. Bila hendak masak?
lembik-loyak[l«m.be/.lo.jA/]kata adjektifterlalu lembik.Tak endak kami kue tu dah lembek-loyak.[tA/ «n.dA/ kA.mi ku.we tu dAh l«m.be/.lo.jA/]Saya tidak mahu kuih itu, sudah terlalu lembik.
bingai[bi.NAj]kata adjektifbodoh sombong.Dah lah bingai sangat, menanye orang tak mau.[dAh lAh bi.NAj sA.NAt m«.nA.ø« o.ÄAN tA/ mAu]Sudahlah bodoh sombong, menanya orang pun tidak mahu.
bejenang[b«.dZ«.nAN]kata kerjamenegakkan kebenaran dengan bersungguh-sungguh.Nak tunjok die tu tak curik die bejenang tak ngaku kalah.[nA/ tun.dZo/ di.j« tA/ tSu.Äi/ di.j« b«.dZ«.nAN tA/ NA.ku ]Hendak menunjukkan dia itu tidak mencuri, dia bertahan bermati-matian dan tidak mahu mengaku kalah.

Kembali ke atas