Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.las] | مالس

Definisi : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengotoi[m«.No.toj]kata adjektifcomot.Malas bena engkau ni nak mandi, mengotoi muke.[mA.lAs b«.nA «N.kAw ni nA/ mAn.di m«.No.toj mu.k«]Malas betul engkau ini hendak mandi, nampak muka pun comot.
kelebang[k«.l«.bAN]kata adjektifmalas.Orang kalau kelebang sangat, memang payah[o.ÄAN kA.lAw k«.l«.bAN sA.NAt me.mAN pA.jAh nA/ mA.so/ Kalau kita malas sangat, memang sukar mendapat rezeki.
limbong[lim.boN]kata adjektifmalas, berat tulang.Limbong betol budak ni, entah nak jadi ape bile dah besa.[lim.boN b«.tol bu.dA/ ni «n.tAh nA/ dZA.di A.p« bi.l« dAh Malas betul budak ini, entah hendak jadi apa bila sudah besar.
menene[m«.ne.ne]kata kerjameminta-minta seperti meminta wang daripada orang lain.Keje malas, asyek menene duet orang aje.[k«.dZ« mA.lAs A.Se/ m«.ne.ne du.wet o.ÄAN A.dZ«]Buat kerja malas, asyek meminta-minta duit daripada orang lain.
leweh[le.weh]kata adjektif1. berkenaan cakap yang lambat dan berlagu (tidak bersemangat dan tidak tegas). 2. sangat longgar; lohe 1.1. Cakapnye leweh buwat orang malas nak denga. 2. Baju leweh sangat, nampak macam baju pinjam.[tSA.kAp.ø« le.weh bu.wAt o.ÄAN mA.lAs nA/ d«.NA]2 1. Cakapnya yang lambat menyebabkan orang malas hendak mendengarnya. 2. Bajunya terlalu longgar hingga kelihatan seperti baju yang

Kembali ke atas