Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kebak[k«.bA/]kata kerja2. mengambil barang orang lain.Itu dah peel die suke kebak barang orang.[i.tu dAh pe/.el di.j« su.k« ke.bA/ bA.ÄAN o.ÄAN]Itu sudah menjadi kebiasaannya, suka mengambil barang orang lain.
merotes[m«.Äo.tes]kata kerjakerap mengambil makanan, khususnya makanan yang kecil-kecil dan sedikit-sedikit.Suke beno kau ni merotes ape yang ade kat dapo.[su.k« b«.no kAw ni m«.Äo.tes A.p« sA.dZ« jAN A.d« kAt dA.po]Suka dan kerap benar engkau ini memakan makanan sedikit-sedikit, apa yang ada di dapur.
nako[nA.k]kata kerjaberbohong.Jangan nak nako, abang nampak Ajak yang ambek bola abang tadi.[dZA.NAn nA/ nA.k A.bAN nAm.pA/ A.dZA/ jAN Am.be/ Jangan hendak berbohong, abang nampak Razak yang mengambil bola abang sebentar tadi.
tak hemah[tA/ he.mAh] tidak ambil berat.Padanlah orang nyisehkan die, dah die tak hemah kat kewage.[pA.dAn.lAh o.ÄAN øi.seh.kAn di.j« dAh di.j« tA/ he.mAh kAt Patutlah dia disisihkan orang, dia tidak mengambil berat pada keluarganya.

Kembali ke atas