Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beronai[b«.Äo.nAj]kata kerjaberjalan berderet-deret menuju ke sesuatu arah atau tempat.Asal orang nak jalan, beronailah engkau semue ngikot.[A.sAl o.ÄAN nA/ dZA.lAn b«.Äo.nAj.lAh «N.kAw s«.mu.w« ]Apabila kita hendak pergi berjalan, berderet-deretlah engkau semua mengikut.
ketetel[k«.te.tel]kata kerjaberjalan laju dan tidak menoleh ke kiri dan kanan terutamanya apabila sedang membawa sesuatu barang di kedua-dua belah tangan; ketotol.Dari jaoh dah nampak mereke ketetel aje bejalan nuju stesen bas.[dA.Äi dZA.woh dAh nAm.pA/ m«.Äe.k« k«.te.tel A.dZ« Dari jauh sudah nampak mereka berjalan laju tidak menoleh kiri kanan menuju ke stesen bas.
besanggo[b«.sAN.g]kata kerjasinggah sementara untuk rombongan pengantin lelaki sebelum dilangsungkan acara persandingan di rumah pengantin perempuan.Sari semalam angkatan pengantin lelaki besanggo di rumah Mak Kiah sebelom ke rumah pengantin pempuan.[sA.Äi s«.mA.lAm AN.kA.tAn p«.NAn.ten l«.lA.ki b«.sAN.g di  ]Sehari semalam rombongan pengantin lelaki menyinggah sementara di rumah Mak Kiah sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan.

Kembali ke atas