Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gejot[ge.dZot]kata kerjamenjahit pakaian yang koyak sedikit.Gejotkan sikit kaen kawan ni, kene paku agaknye.[ge.dZot.kAn si.kit kAen kA.wAn ni k«.n« pA.ku A.gA/.ø«]Jahitkan sedikit kain saya ni, kena paku agaknya.
serase[s«.ÄA.s«]kata adjektifsesuai dengan majlis (pakaian).Dah lah gemok pakai corak melintang pulak, mane kan serase.[dAh lAh g«.mo/ pA.kAj tSo.ÄA/ m«.lin.tAN pu.lA/ mA.n« Sudahlah gemuk, pakai pula corak melintang, mana nak sesuai.
loko[lo.ko]kata namakelihatan tidak sajak memakai pakaian.Budak ni pakai baju mane pon nampak loko.[bu.dA/ ni pA.kAj bA.dZu mA.n« pon nAm.pA/ lo.ko]Budak ini pakai baju mana pun nampak tidak sajak.

Kembali ke atas