Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketong[k«.toN]kata kerjakerat pendek.Nasib baek kayu ni dah diketong-ketong, tinggal kawan belah aje.[nA.seb bAe/ kA.ju ni dAh di.k«.toN.k«.toN tiN.gAl Nasib baik kayu ini sudah dikerat pendek-pendek, saya perlu belah sahaja.
domok[do.mo/]kata adjektifbesar dan gemuk pendek.Domoknye cucukaw![do.mo/.ø« tSu.tSu.kAw]Besar dan gemuk pendek cucu engkau!
belandan[b«.lAn.dAn]kata kerjabergunting rambut.Pendek rambot tu, baru belandan ke?[pen.de/ ÄAm.bot tu bA.Äu b«.lAn.dAn k«]Pendek nampak rambut itu, baru lepas berguntingkah?
dumpot[dum.pot]kata adjektifpendek dan tumpul (biasanya mata pensil).Pensel awak tu dumpot aje matenye.[pen.sel A.wA/ tu dum.pot A.dZ« mA.t«.ø«]Pensil kamu itu pendek sangat matanya.
putut[pu.tut]kata adjektifpendek dan tumpul (mata pensil).Tak de pengasah ke, pensel kau ni putut.[tA/ d« p«.NA.sAh k« pen.sel kAw ni pu.tut]T)idak ada pengasah ke, mata pensil kau ini pendek dan tumpul.
bontak[bon.tA/]kata adjektifberkenaan orang yang bulat dan pendek.Orangnye bontak saje, tak macam kakaknye, langsing.[o.ÄAN.ø« bon.tA/ sA.dZ« tA/ mA.tSAm kA.kA/.ø« lAN.seN]Orangnya bulat pendek sahaja, tidak seperti kakaknya yang berbadan langsing.
dengkes[deN.kes]kata adjektifpendek pada salah satu kaki (pada manusia atau haiwan).Orang jumpa harimau dengkes takkan nak tunggu. Cabut larilah![o.ÄAN NtSum.p« hA.Äi.mAw deN.kes tA/.kAn nA/ tuN.gu ]Sudah terjumpa harimau berkaki pendek sebelah takkan nak tunggu. Cabut larilah!

Kembali ke atas