Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kul] | ڤوکول

Definisi : 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp me­ngenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersem­bunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-kata­nya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindir­an itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindir­an bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memu­kulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul ber­kali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kul] | ڤوکول

Definisi : ; ~ lima sj tumbuhan (pokok besar), Enterolobium saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kul] | ڤوکول

Definisi : ; ~ gendang sj ikan laut, Parapercis pulchela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kul] | ڤوکول

Definisi : 1 perbuatan mengenakan sesuatu pd sesuatu yg lain dgn kuat: kena ~. 2 bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dlm sesuatu hari: ~ berapa mereka sampai? ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. ~ curi perbuatan menyakitkan atau menyerang orang ketika orang itu tidak bersedia. ~ rata a. hitung panjang. b. sama semuanya; rata-rata. berpukul-pukulan saling memalu (dgn sesuatu); berpalu-paluan. memukul 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. pukul-memukul saling memukul. memukuli memukul berkali-kali: ~ orang jahat. memukulkan menjadikan sesuatu sbg alat utk memukul: ~ tongkat pd tiang. pukulan 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. pemukul 1 orang yg memukul. 2 alat yg digunakan utk memukul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pukul

Puisi
 

Pukul tujuh pukul lapan,
     Pukul tabuh keliling kota;
Bertiup angin selatan,
     Angkat sauh belayar kita.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lonsen[lon.sen]kata kerjapukul atau sebat dengan rotan dan lain-lain.Ayah lonsen si Mamat tu sampai bilai, dah nakal sangat.[A.jAh lon.sen si mA.mAt tu sAm.pAj bi.lAj dAh nA.kAl sA.NAt]Ayah memukul si Mamat itu hingga bilai kerana terlalu nakal.
pak kal[pA/ kAl] mujur.Pak kal budak, kalau tak, aku pukol.[pA/ kAl bu.dA/ kA.lAw tA/ A.ku pu.kol]Mujur dia itu masih budak, kalau tidak, aku dah pukul.
mentong[men.toN]kata kerjamemakan makanan asas selepas waktu makan yang lazim.Baru pukol tige, Mak Usu dah mentong.[bA.Äu pu.kol ti.g« mA/ u.su dAh men.toN]Baru pukul tiga, Mak Usu makan sekali lagi.
tibok[ti.bo/]kata kerjamemukul dengan tangan ke bahagian badan sahaja (Pulau Aur, Mersing).Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan.[A.bu k«.nA/ ti.bo/ s«.mA.lAm A.bes l«.bAm bA.dAn]Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam.
lemban[l«m.bAn]kata adjektiflambat dan lembap, jimbam.Kalau lemban sangat orang rumah kau, pukol tige pon tak makan lagi.[kA.lAw l«m.bAn sA.NAt o.ÄAN Äu.mAh kAw pu.kol ti.g« pon ]Jikalau isteri kamu terlalu lambat dan lembap, pukul tiga pun kita tidak makan lagi.
melela[m«.l«.lA]kata namakesan atau bekas pada anggota badan, tangan atau kaki akibat pukulan dengan rotan, kayu, lidi dan lain-lain.Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol.[te.No/ ni m«.l«.lA l«.NAn A.de/ kAw pu.kol]Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul.

Kembali ke atas