bebotok | [b«.bo.to/] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan | | | |
pekkak | [pe/.ka/] | kata nama | sejenis rempah yang keras dan menyerupai kelopak bunga, bunga lawang. | | | |
nasi uduk | [nA.si u.du/] | | sejenis nasi yang dimasak bersama kuah lauk ayam. Rempah ditumis hingga kering sebelum dimasukkan santan dan ayam. Ayam yang sudah masak dikeluarkan dan dimasukkan beras dan dimasak sebelum dimasukkan semula ayam tadi. | | | |
pelas | [p«.lAs] | kata nama | sejenis lauk daripada kelapa muda yang diparut dan dicampur dengan rempah, kemudian dimasak bersama ikan atau udang sehingga mendidih. | | | |
bontel | [bon.tel] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan kering (ikan kembung), kelapa parut yang digaul dengan rempah, telur dan ulam, dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. | | | |
kue coroh | [ku.we tSo.Äoh] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, santan, gula, daun pandan dan rempah seperti kayu manis, pekkak (bunga lawang) dan cengkih yang digaul rata sebelum dibakar. | | | |
beriani gam | [b«.Äi.jA.ni gAm] | | nasi beriani yang dimasak berlapis-lapis bersama daging yang telah digaul dengan rempah beriani. Nasi ini dimasak dengan periuk yang ditutup rapat dan digam kelilingnya dengan tepung yang telah diuli bersama air. Nasi ini dimasak dengan api yang amat sede | | | |
telo pindang | [t«.lo pin.dAN] | | sejenis telur rebus yang direbus khas berlapis-lapis dengan beberapa jenis pucuk daun seperti daun semangkuk bersama rempah ratus dan garam. Telur ini direbus sekurang-kurangnya enam jam dengan api yang perlahan dan lazimnya dibuat sempena majlis perkahwi | | | |
rempeyek tempe | [Äem.pe.je/ tem.pe] | | sejenis makanan yang dibuat daripada tempe yang dipotong nipis dan dicelupkan dalam tepung beras yang bercampur santan dan rempah lalu digoreng. | | | |
mi rebos joho | [mi Ä«.bos dZo.ho] | | sejenis masakan mi yang dicelur dan dimakan bersama kuah pekat daripada air rebusan daging yang ditumis bersama bawang, taucu, udang kering dan sedikit rempah campak. Kuah ini lazimnya mengandungi daging lembu dan sedikit udang dan dipekatkan dengan santa | | | |