Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bening[b«.niN]kata namamasakan yang berebus (khusus untuk sayur), masak air.Musem panas ni, bayam tu masak bening ajelah kite.[mu.sem pA.nAs ni bA.jAm tu mA.sA/ b«.niN A.dZ«.lAh ki.t«]Pada musim panas begini, sayur bayam itu kita masak rebus air sahajalah.
jeranan[dZ«.ÄA.nAn]kata namamakanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan.   
jenganan[dZ«.NA.nAn]kata namamakanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jeranan.   
menyesap[m«.ø«.sAp]kata kerjamembersihkan kebun dengan menggunakan sabit, parang, cangkul dan lain-lain.Die menyesap kebon nak nanam sayo.[di.j« m«.ø«.sAp k«.bon nA/ nA.nAm sA.jo]Dia membersihkan kebun untuk menanam sayur.

Kembali ke atas