puteri salat | [pu.t«.Äi sA.lAt] | | sejenis kuih daripada pulut yang dikukus bersama santan dan dilapis di atasnya dengan sejenis seri kaya, khususnya seri kaya pandan berwarna hijau, seri muka. | | | |
cop | [tSop] | kata nama | sejenis alat yang tajam matanya seperti mata tombak yang digunakan khusus untuk mengupas sabut kelapa, selumbat; solak. | Mate cop tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas kelapa. | [mA.t« tSop tu s«.lA.lu pA/ bA.kA A.sAh nA/ s«.nAN di.j« | Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa. |
buah molong | [mo.loN] | | sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula. | | | |
tonjen | [ton.dZen] | kata nama | sejenis permainan kejar mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; maen jebat. | | | |
solak | [so.lA/] | kata nama | sejenis alat yang tajam matanya seperti mata tombak yang digunakan khusus untuk mengupas sabut kelapa, selumbat; cop | Mate solak tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas sabot kelapa. | [mA.t« so.lA/ tu s«.lA.lu pA/ bA.kA A.sAh nA/ s«.nAN di.j« | Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa. |
rangin [ | [ÄA.Nin] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar. | | | |
pelas | [p«.lAs] | kata nama | sejenis lauk daripada kelapa muda yang diparut dan dicampur dengan rempah, kemudian dimasak bersama ikan atau udang sehingga mendidih. | | | |
pekkak | [pe/.ka/] | kata nama | sejenis rempah yang keras dan menyerupai kelopak bunga, bunga lawang. | | | |
pecal | [p«.tSAl] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula. | | | |
opak | [o.pA/] | kata nama | sejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng. | | | |