Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lam.ba] | سلمبا

Definisi : 1. pd lahirnya macam biasa (sedang­kan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam.ba] | سلمبا

Definisi : 1 kelihatan seolah-olah tidak tahu-menahu; berpura-pura. 2 tidak tahu malu; kurang ajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selamba (adjektif)
1. Bersinonim dengan berpura-pura: buat biasa, berlagak, berlakon, bersandiwara, berbohong,
Berantonim dengan bersungguh-sungguh

2. Bersinonim dengan tidak malu: kurang ajar, muka tebal, muka tarpal, muka tembok, biadab, kurang adat, tidak sopan, kurang asam, tambung, leleh,
Berantonim dengan sopan.



Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
muke senen[mu.k« s«.nen] selamba.Orang ngate die pon, die buat muke senen aje.[o.ÄAN NA.t« di.j« pon di.j« bu.wAt mu.k« s«.nen A.dZ«]Orang mengata dia pun, dia buat selamba sahaja.
kudut[ku.dut]kata adjektif1. kecil dan kurus; kurus kedengkek, kurus kedengkeng. 2. berkenaan muka yang selamba dan tidak membayangkan rasa malu atau rasa bersalah1.Kudut saje budak tu. Macam tak cukop makan. 2. Dah kene tangkap pon, mukenye kudut.1. [ku.dut sA.dZ« bu.dA/ tu mA.tSAm tA/ tSu.kop mA.kAn]2[]1. Budak itu sangat kurus. Macam tidak cukup makan. 2. Sudah kena tangkap pun mukanya masih selamba.

Kembali ke atas