Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi; ~ padi semangat yg menye-babkan padi boleh tumbuh dan berbuah dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman utk meme-cahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3. maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu, nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~ anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja; bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat (keberanian, ke-mahuan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1 roh yg terdapat pd semua makhluk dan dipercayai mempunyai kuasa tertentu: ~ padi. 2 seluruh kehidupan batin manusia; keadaan batin; perasaan hati; jiwa: Ucapannya itu telah menaikkan ~ kami supaya belajar dgn lebih tekun. 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. ~ kebangsaan semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. ~ waja semangat yg keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
semangat[s«.mA.NAt]kata adjektifberkenaan bayi yang sihat dan yang berisi badannya.Anak Tijah tu baru pat bulan, tapi badan semangat.[A.nA/ ti.dZAh tu bA.Äu pAt bu.lAn tA.pi bA.dAn s«.mA.NAt]Anak Tijah itu baru empat bulan, tetapi badannya sihat dan berisi.

Kembali ke atas