Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tanah meros[tA.nAh m«.Äos] tanah jerlus atau tanah yang terbenam luas lazimnya terdapat di kawasan tanah gambut.Selalu bena ade tanah meros di baroh.[s«.lA.lu b«.nA A.d« tA.nAh m«.Äos di bA.Äoh]Selalu benar kelihatan tanah jerlus di kaki bukit.
kebak[k«.bA/]kata kerja1. mencangkul tanah menjadi bongkah-bongkah besar.Belom buat batas, kene kebak dulu tanah kat kebon tu.[b«.lom bu.wAt bA.tAs k«.n« k«.bA/ du.lu tA.nAh kAt k«.bon tu]Sebelum membuat batas, kenalah mencangkul tanah di kebun itu
taye[tA.j«]kata namapelita minyak tanah.Taye padam teyop angen, pade hal minyak banyak.[tA.j« pA.dAm te.jop A.Nen pA.d« hAl mi.øA/ bA.øA/]Pelita minyak tanah itu terpadam ditiup angin walaupun minyaknya masih banyak.
biyakbi.jA/]kata adjektifberkenaan tanah yang lecak.Lepas ujan jangan maen lari-lari, kan biyak.[l«.pAs u.dZAn dZA.NAn mAen lA.Äi lA.Äi kAn bi.jA/]Selepas hujan jangan main berlari-lari, bukankah tanah itu lecak.
darat yan[dA.ÄAt jAn] tanah tinggi sebagai pedoman untuk berlabuh dan lain-lain.Bile nampak darat yan tu kite belok ke kanan sikit.[bi.l« nAm.pA/ dA.ÄAt jAn tu ki.t« be.lo/ k« kA.nAn si.kit]Apabila nampak tanah tinggi itu kita belok ke kanan sedikit.
sahang[sA.hAN]kata kerjagoreng tanpa minyak, rendang.Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak[kA.tSAN tA.nAh di.sA.hAN sA.dZ« s«.bAb mA.sA.kAn tu tA/ Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak.
gelok[g«.lo/]kata namabekas air yang diperbuat daripada tanah.Ae jampi tu tok ambek kat gelok.[Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/]Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah.
gelok[g«.lo/]kata namabekas air yang diperbuat daripada tanah.Ae jampi tu tok ambek kat gelok.[Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/]Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah.
gayo[gA.jo]kata adjektifpanjang (khususnya untuk isi ubi kayu).Tanah tu baru bukak, padanlah isi ubi tu gayo.[tA.nAh tu bA.Äu bu.kA/ pA.dAn.lAh i.si u.bi tu gA.jo]Tanah itu baru dibuka, patutlah isi ubi itu panjang.
tenggarong[t«N.gA.ÄoN]kata namadapur dari tanah liat yang berbentuk seperti sebuah timba, cengkeran, anglo.Mak suke masak gune tenggarong.[mA/ su.k« mA.sA/ gu.n« t«N.gA.ÄoN]Emak gemar memasak dengan menggunakan
12

Kembali ke atas