Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang temberang yg di kiri kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu utk meneguhkan tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ percakapan atau kata-kata yg sedap didengar tetapi tidak benar; cakap yg muluk-muluk: Cakapnya tidak benar, ~ semata-mata. ~ lapuk cakap yg tidak berisi atau yg bohong. menemberang bercakap bohong; berbohong. menemberangi bercakap bohong kpd; membohongi: Dia telah ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temberang (kata nama)
Bersinonim dengan tipu, dusta, bohong, auta, koyok;,
Kata Terbitan : menemberang,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bobak[bo.bA/]kata namapercakapan dan lain-lain yang sedap didengar (umumnya yang tidak benar), temberang.Kalau dah kaki bobak, cakap betol pon susah orang nak pecaye.[kA.lAw dAh kA.ki bo.bA/ tSA.kAp b«.tol pon su.sAh o.ÄAN nA/ Kalau suka temberang, apabila bercakap benar pun orang susah hendak percaya.
taek minyak[tAe/ mi.øA/] berbohong, temberang.Die tu banyak taek minyak aje, tak boleh pecaye.[di.j« tu bA.øA/ tAe/ mi.øA/ A.dZ« tA/ bo.lehp«.tSA.j«]Dia itu seorang pembohong, tidak boleh dipercayai.

Kembali ke atas