selayang pandang | [s«.lA.jAN pAn.dAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus. | | | |
tepong gomak | [t«.poN go.mA/] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau. | | | |
buah molong | [mo.loN] | | sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula. | | | |
jongkong | [dZoN.koN] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus. | | | |
bongkoh | [boN.koh] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak. | | | |
tepong kusoi | [t«.poN ku.soj] | | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi. | | | |
keromos | [k«.Äo.mos] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, gula dan bahan penaik yang digoreng hingga kembang. | | | |
rangin [ | [ÄA.Nin] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar. | | | |
pendaram | [p«n.dA.ÄAm] | kata nama | sejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat | | | |
bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |