Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tengkoh[t«N.koh]kata kerjamengetuk sesuatu pada benda keras agar terkeluar baki isinya, seperti mengeluarkan hampas kelapa yang melekat dari besen.Tengkoh saje ampas kelape dari besen tu ke tong sampah.[t«N.koh sA.dZ« Am.pAs k«.lA.p« dA.Äi be.sen tu k« toN ]Ketuk sahaja hampas kelapa yang terdapat pada besen itu ke dalam tong sampah.
semonyeh[s«.mo.øeh]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan hingga terkeluar sebahagiannya daripada mulut (khusus tentang kanak-kanak).Budak ni asal makan, kalau tak semonyeh mulut tu, tak sah.[bu.dA/ ni A.sAl mA.kAn kA.lAw tA/ s«.mo.øeh mu.lut tu tA/ Budak ini bila makan, kalau tidak penuh mulutnya itu, tidak sah.
sangap[sA.NAp]kata kerjamenguap.Kakak sangap tak putus-putus sampai kelua ae mate.[kA.kA/ sA.NAp tA/ pu.tus.pu.tus sAm.pAj k«.lu.wA Ae mA.t«]Kakak tidak putus-putus menguap sehingga terkeluar air mata.

Kembali ke atas