Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nakek[nA.ke/]kata adjektifhampir-hampir terjadi atau hampir-hampir berlaku.Dah nakek nak jalan, ale-ale pak mentua sampai.[dAh nA.ke/ nA/ dZA.lAn A.le.A.le pA/ m«n.tu.we sAm.pAj]Sudah hampir hendak keluar berjalan, tiba-tiba bapa mentua sampai.
tesempo[t«.s«m.p]kata adjektiftermalu-malu.Tengah sedap-sedap ngate Pak Ali, aleh-aleh die tejongol kat belakang, ape tak tesempo muke.[t«.NAh s«.dAp.s«.dAp NA.t« pA/ A.li A.leh.A.leh di.j« t«.dZo.Nol  Tengah sedap-sedap mengata Pak Ali, tiba-tiba dia muncul di belakang, termalu-malu muka masing-masing.
tebe[te.b«]kata adjektiftiba atau sampai (Pulau Aur, Mersing).Bile aji tebe?[bi.l« A.dZi te.b«]Bila kamu sampai?
terap[t«.ÄAp]kata namaacuan.Bile musem raye, kakak pon sebok carik terap kue.[bi.l« mu.sem ÄA.j« kA.kA/ pon se.bo/ tSA.Äi/ t«.ÄAp kue]Apabila tiba musim raya, kakak pun sibuk mencari acuan kueh.
pencawos[p«n.tSA.wos]kata namawarung.Perot tengah lapo, sampai aje bando, teros masok pencawos.[p«.Äot t«.NAh lA.p sAm.pAj A.dZ« bAn.d t«.Äos mA.so/ Perut tengah lapar, tiba sahaja di bandar, teruslah ke warung.

Kembali ke atas