Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi pene­rangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
yok[jo/]kata tugasajakan atau pelawaan, mari, ayuh.Yok! Kite pegi.[jo/ ki.t« p«.gi]Ayuh, kita pergi.
nyak[øA/]kata tugasapa (Pulau Aur, Mersing).Aji makan nyak?[A.dZi mA.kAn øA/]Kamu makan apa?
bang[bAN]kata tugassingkatan daripada perkataan “barang” yang bermaksud kadar atau agak-agak.Berikan mak bang sebiji pisang.[b«.Äi.kAn mA/ bAN s«.bi.dZi pi.sAN]Berikan mak barang sebiji pisang.
taong[tA.oN]kata tugastidak berguna.Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi.[tA.oN b«.tol si A.li tu p«.nAt sA.dZ« m«.øu.Äoh.ø« Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya.
senon[s«.non]kata tugasdi sana (Pulau Aur, Mersing).Senon banyak ekan.[s«.non bA.øA/ e.kAn]Di sana banyak ikan.
bege[b«.g«]kata tugasbagai, serupa atau semacam.Bege anjeng dengan kuceng kau bedue ni.[b«.g« An.dZeN d«.NAn ku.tSeN kAw b«.du.w« ni]Bagai anjing dengan kucing engkau berdua ini.
antai[An.tAj]kata tugastadi (Pulau Aur, Mersing).Man nonggu aji antai.[mAn noN.gu A.dZi An.tAj]Saya menunggu awak tadi.
sebabon[s«.bA.bon]kata tugassetimbun.Ade ke patut suruh anak kecik ngangkat tempurong sebabon.[A.d« k« pA.tut su.Äuh A.nA/ k«.tSi/ NAN.kAt t«m.pu.ÄoN Adakah patut menyuruh anak kecil mengangkat setimbun tempurung.
melagek[m«.lA.ge/]kata tugassebentar lagi (Pulau Aur, Mersing).Melagek man tebe.[m«.lA.ge/ mAn te.b«]Sebentar lagi saya akan sampai.
lawang II[lA.wAN]kata tugaspeluang.Kalau die tak bukak lawang, mane kite berani masok minang.[kA.lAw di.j« tA/ bu.kA/ lA.wAN mA.n« ki.t« b«.ÄA.ni mA.so/ ]Kalau dia tidak memberi peluang, bagaimana kita berani masuk meminang.
12

Kembali ke atas