[me.ne.gas.kan] | منݢسکن
Definisi : 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ne.gas.kan] | منݢسکن
Definisi : 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)