Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
langkat[lAN.kAt]kata namahari keempat dari hari ini.Esok, luse, tulat, langkat, aku tak noreh sebab nak pegi panggel rumah sedare kat Joho.[e.so/ lu.s« tu.lAt lAN.kAt A.ku tA/ no.Äeh s«.bAb nA/ p«.gi pAN.gel Äu.mAh s«.dA.Ä« kAt dZo.ho]Esok, lusa, tulat, langkat, aku tak menoreh sebab nak pergi menjemput saudara di Johor.
tenjong[ten.dZoN]kata adjektiftempang.Dia tenjong, tu sebab jalan tak same.[di.j« ten.dZoN tu s«.bAb dZA.lAn tA/ sA.m«]Dia tempang, itulah sebabnya dia berjalan tidak sama.
wabe[wA.b«]kata tugasoleh sebab, memandangkan.Wabe kite ade, tak berani le die nak buat gitu.[wA.b« ki.t« A.d« tA/ b«.ÄA.ni l« di.j« nA/ bu.wAt gi.tu]Oleh sebab kita ada, tidak beranilah dia hendak buat begitu.
kerempeng[k«.Äem.peN]kata namaberkenaan tubuh yang kurus.Dah lame sakit, mane badan die tak kerempeng.[dAh lA.m« sA.kit mA.n« bA.dAn di.j« tA/ k«.Äem.peN]Dia sudah lama sakit, sebab itu badan dia kurus.
tak menyenet[tA/ m«.ø«.net] berkenaan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tidak sempat hidup atau membesar kerana dimusnahkan oleh sesuatu.Abes tak menyenet anak pokok aku dikejekan kambeng.[A.bes tA/ m«.ø«.net A.nA/ po.ko/ A.ku di.k«.dZ«.kAn kAm.beN]Habis tak sempat hidup anak pokok aku sebab dimakan kambing.

Kembali ke atas