Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencelah

Puisi
 

Bunga sena kuning mencelah,
     Daun kering jatuh bersepah;
Saya yang hina buang sebelah,
     Hidup di dunia bagai sampah.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mencelah[m«n.tS«.lAh]kata adjektifperingkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh.Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu.[du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu]Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya.

Kembali ke atas