mengopes | [m«.No.pes] | kata adjektif | berkenaan budak yang degil dan tidak tahu duduk diam. | Budak ni mengopes aje le, buat peneng kepale aku. | [bu.dA/ ni m«.No.pes A.dZ« l« bu.wAt p«.neN k«.pA.l« A.ku] | Budak ini degil dan tak tahu duduk diam, buat pening kepala aku. |
keket | [ke.ket] | kata adjektif | berkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus. | Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket. | [po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket] | Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur. |
temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |
angen gadai | [A.Nen gA.dAj] | | angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut. | Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang. | [nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN] | Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang. |
maton | [mA.ton] | kata nama | buah manggis masak yang kulitnya menjadi keras dan tidak boleh dikopek lagi. Biasanya setelah lama dipetik atau jatuh terhempas. | Mangges ni dah maton pulak, tak dapat nak rase. | [mAN.ges ni dAh mA.ton pu.lA/ tA/ dA.pAt nA/ ÄA.s«] | Buah manggis masak ini maton pula, tak dapat nak rasa. |
merengkai | [m«.Ä«N.kAj] | kata adjektif | kurus dan tidak bermaya. | Macam mane badan tak merengkai, ari-ari isap dadah. | [mA.tSAm mA.n« bA.dAn tA/ m«.Ä«N.kAj A.Äi.A.Äi i.sAp dA.dAh] | Macam mana badan tidak merengkai, hari-hari hisap dadah. |
gemok bayo | [g«.mo/ bA.jo] | | berkenaan seseorang yang gemuk berpenyakit; gemok basau. | Badan die gemok bayo, tak ikot abang die. | [bA.dAn di.j« g«.mo/ bA.jo tA/ i.kot A.bAN di.j«] | Badannya sangat gemuk, tidak seperti abangnya. |
melindong batas | [m«.lin.doN bA.tAs] | | peringkat pokok padi mulai naik dan tingginya melampaui batas-batas padi. | Padi aku tengah melindong batas, tak lame lagi bebuah le. | [pA.di A.ku t«.NAh m«.lin.doN bA.tAs tA/ lA.m« lA.gi b«.bu.wAh l«] | Padi aku tengah melindung batas, tak lama lagi berbuahlah. |
tali kaki | [tA.li kA.ki] | | dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali ares. | Kau pasang tali kaki kene kuat-kuat, kalau tak, putos. | [kAw pA.sAN tA.li kA.ki k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos] | Kau pasang tali kaki kena kuat-kuat, kalau tak, putus. |
tali ares | [tA.li A.Äes] | | dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali kaki. | Kau pasang tali ares kene kuat-kuat, kalau tak, putos. | [kAw pA.sAN tA.li A.Äes k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos] | Kau pasang tali ares kena kuat-kuat, kalau tak, putus. |