Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertim­bang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : Jw merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1 saudara lelaki yg lebih tua: ~ Long selalu membelikan saya buku. 2 panggilan kpd suami dan juga kpd saudara pupu lelaki yg lebih tua khasnya, kpd lelaki yg lebih tua sedikit amnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(417)
Peribahasa

Ada wang abang saya,
     tak ada wang abang payah.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pancah[pAn.tSAh]kata kerjamencantas belukar atau semak sekadar untuk laluan.Abang dah pacah semak kat belakang rumah, senang nak pegi kebon.[A.bAN dAh pAn.tSAh s«.mA/ kAt b«.lA.kAN Äu.mAh s«.nAN nA/ p«.gi k«.bon ]Abang dah tebas semak di belakang rumah, senang nak pergi kebun.
kene antu sembute[k«.n« An.tu s«m.bu.t«] berkenaan orang yang susah bangun daripada tidur pada sebelah petang hingga senja.Pegi kejot abang kau, kene antu sembute agaknye tak bangun-bangun.[p«.gi k«.dZot A.bAN kAw k«.n« An.tu s«m.bu.t« A.gA/.ø« tA/ bA.Non.bA.Non]Pergi kejutkan abang engkau, terkena hantu sembuta agaknya, tidak bangun-bangun.
gemok bayo[g«.mo/ bA.jo] berkenaan seseorang yang gemuk berpenyakit; gemok basau.Badan die gemok bayo, tak ikot abang die.[bA.dAn di.j« g«.mo/ bA.jo tA/ i.kot A.bAN di.j«]Badannya sangat gemuk, tidak seperti abangnya.

Kembali ke atas