kue genggang | [kue gEN.gAN] | | sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis. | | | |
kue kereng | [kueh k«.ÄeN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira. | | | |
bakau basah | [bA.kAw bA.sAh] | | sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan yang sama seperti bakau berhempas tetapi ditambah daun pandan. Adunan tidak diencap atau dihempas. Telur hanya digodak; bakau godak. | | | |
bakau godak | bakau godak [bA.kAw go.dA/] | | sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan yang sama seperti bakau berhempas tetapi ditambah daun pandan. Adunan tidak diencap atau dihempas. Telur hanya digodak; bakau basah. | | | |
bakau kering | [bA.kAw k«.ÄiN] | | sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau berempas. | | | |
bakau berempas | [bA.kAw b«.Ä«m.pAs] | | sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau kering. | | | |