Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tupai jantan[tu.pAj dZAn.tAn] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, sokong barat.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang tupai jantan.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN tu.pAj dZAn.tAn]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan tupai jantan.
sokong barat[so.koN bA.ÄAt] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, tupai jantan.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang sokong barat.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN so.koN bA.ÄAt]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan sokong barat.
serong barat[se.ÄoN bA.ÄAt] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang;, sokong barat, tupai jantan.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang serong barat.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN se.ÄoN bA.ÄAt]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang serong barat.
angen gadai[A.Nen gA.dAj] angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut.Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang.[nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN]Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang.

Kembali ke atas